Bismillah..

Its been a really really long time I'm not participating with this blog thingy. Now I think like wanna write something but yet don't know what to write. How fast time flies. I'm become more older now. Kuakuakua.

Gonna write about my travel things soon. Be right back, xoxo.

Ceritera aku dapat masuk UPSI.

Assalamuallaikum,


Alhamdulillah, aku dah berjayanya harungi satu semester dekat UPSI. Life dekat UPSI not bad. Happening cause I was surrounded with crazy type friendssss. So far so good and pretty please dont ask about my final. I dont even get the result yet and I dont even wanna know about it. I know my result izzzzzz gonna like what. It sokay, I will try harder on next semester. Noway for me to give up.

Okay, its not too late right. Congratulations to all my juniors for you SPM's result. SPM is just a payyyperrrr for you to get continue study. If you had failed in SPM it doesn't mean you are stupid, don't have any chance to success or whatever. There's many thing and many way you can get your success. Just be cool and think smart baby. Like Islam teach us. Berusaha, berdoa dan bertawakal. Let me share with you about my experience last year. Ekcelli dah basi tapi ada aku kesah?

I got my SPM's result last year. My result not bad and not good. I got what I earned. So Alhamdulillah no failed. Mai cheq nak cerita dalam bahasa Melayu aaa. Satgi orang kata belagak pulak dok speaking London tunggang langgang tang ni. Okay, dapat tau result dalam bulan 3 macam tu if i'm not be mistaken. Then, semasa isi UPU well mesti aa berharap dapat salah satu U. *dengan result orang malas study ada hati nak taruh harapan* Tipu lah kalau cakap takda harapan kan tapi harapan aku tak setinggi aku. Harapan aku ada rezeki ada lah. Tak dapat U, takpa Poli ada and you know what? Aku tak dapat langsunggggggg satu habuk takdak. Result poli tak keluaq lagi. Sedih baq hang tengok kawan lain dapat masuk U. Aku bukan takat U, matrik pun haremsss.

Sementara nak tunggu result poli aku masuk Form6 dulu dekat SMKJ. Aku dapat aliran sains, aku tukaq ke aliran sastera sebab takda keyakinan takut main-main macam SPM. Lepas seminggu aku masuk Form6, result poli keluaq and aku cuma dapat POLIMAS course Akauntasi. Agak takut sebab aku takda basic acc langsung tapi apa salahnya mencuba. Allah memang selalu menguji aku punya kesabaran dan ketakwaan aku kot kan, aku dapat yang second intake, its mean aku daftar bulan 12. Intake 1st daftar bulan 7. So sad. Aku menangis dekat bigmama and bigbaba. Yala, lewat satu sem tu. *menangis lagu ombak rindu*

Lepas tu abah banyak nasihat aku, dia cakap takpa lah janji dapat study daripada dak. Sabar. Dia selalu suruh aku sabar yaa dan aku sabar. Sabar menunggu hari-hari berlalu. Apa aku buat sementara tunggu nak masuk poli? Aku goyang kaki ja bhaii. Hebat dak? Mana tak nya nak kerja susah. Mak risau abah risau. So dari nak buat depa risau baik aku dok rumah ja spend time dengan depa. Sepanjang tunggu nak masuk poli UITM dengan UPSI ada bukak intake. Aku apply jaaaaa. Apply syok syok tapi berdoa tapi tak berharap. *peace yoo*

So dalam bulan 11, awal bulan 11. 2 haribulan kot keputusan UPSI keluaq dulu. Alhamdulillah aku dapat. Memang seriously aku tak berharap langsung dekat UPSI, aku cuma simpan harapan dekat UITM. Aku nak pilih course lain tapi aku silap tengok macam mana ntah aku pilih course Sains. Dia ada dua pilihan course ja time tu. 15888 text aku cakap aku dapat. Aku check la dekat portal link dia bagi, maki aku sorang-sorang sebab dekat portal cakap tak dapat. Rupanya aku silap pilih keputusan dekat portal tu. Ada dua jenis keputusan. Satu dip pend, satu lagi dip untuk lepasan SPM. Kuakuakua. Then aku tekan lagi pulak link satu lagi saja syok syok. Then wkaka dapat. melompat aku. Dia bagi masa 2 minggu SAHAJA untuk aku siapkan segala bagai untuk ke UPSI. Aku nak kena daftar 15 haribulan November 2012.*yehaaaa yehaaa*

Haa tunggu lagi, sibuk bagai nak rak la aku buat segala benda, rancang macam-macam. Alhamdulillah Allah permudah segalanya cuma ada sikit problem masa nak buat acc Bank Islam sebab ic aku rosak. So kena buat baru, dalam dua hari ic aku siap. So adik-adik sekalian DIMINTA BUAT IC BARU SUPAYA TAKDA MASALAH MACAM AKU. Aku kena daftar 15 hb, 14 hb dah ada rumah mak saudara aku dekat Sungai Besar, Selangor. UPSI tu sempadan Selangor dengan Perak. So tak jauh lah dari rumah mak saudara aku. dalam sejam lebih ja. 

Masa daftar Ya Allah ketaq gilaaaaa. Kebetulan Fairuz pun dapat jugak sama dengan aku cuma lain course. Dia Dip Pendidikan Awal Kanak-kanak, Aku Dip Sains. Aku berkepit dengan dia aaa. Aku rasa macam bermimpi sampai lah sekaranggggg. Like seriously! Aku dapat dan aku tak yakin aku tanya abah aku boleh ka sebab sains. Abah kata boleh, so aku ikot cakap abah. Dengar lah cakap kedua ibubapa dik, depa berkat hidup. Then sampai sana daftar segala pastu ditinggalkan parents and family. Tunggu lagi aku menangis tak kira orang ada ka dak. Aku tak kisah. Gila, first time berpisah dengan family. Homesick jugak aku. Tiap hari tiap malam aku wajib call! Pastu qeyau. Pondan betoi. *katop muka guna cermin lutsinar*

Then orentasi kami cuma 3 hari sahaja. Seminggu aku kat sana result UITM plak keluaq. Pehtu yeppiii aku sangat sedih tak dapat tapi takda lah sedih sangat cuma kuciwa ja. Tapi if dapat pun takpi sebab dah bayaq yuran kot woi! Aku saja gedik tekan rayuan. Then aku tak ingat bila, aku dapat rayuan punya tapi dekat UITM Seri Iskandar, Perak. Perak jugak. Kalau dapat UITM dekat merbok ka arau ka memang aku blahhhh aaa. Aku dapat course Dip Sains Math. Aku call abah and mak, depa cakap ikot lah. Aku kekeliruan. Aku tanya habis kawan-kawan, aku call abang aku then abang aku kata stay ja kat UPSI. So UPSI lah aku. Yaaa, aku kecenderungan untuk dengar nasihat orang sangat tinggi KADANG-KADANG. 

So sampai sekarang aku dekat USPI, alhamdulillah. Gua tengah cuti sem sekarang. And motif yang aku nak adik-adik sekalian baca gua punya celoteh panjang lebaq ni adalah ambil ikhtibar. Dengar sini ya sayang-sayangku. Rezeki ada di mana-mana sahaja. Asalkan berusaha, berdoa, dan kemudian tawakal lah anda. Letakkan kepercayaan kepada Yang Maha Esa. Ada rezeki ada lah, takda redho lah anda. Di mana-mana pun boleh berjaya. Allah Maha Pemurah. Ikhlas lah meminta InshaAllah. Satu lagi, jangan lah ingkari mak bapak. Muda mudi zaman lani ketegaq selalu ikot pala lupa mak bapak. Salah satu nak dapat keredhaan Allah Taala adalah mendapat keredhaan ibu bapa. Mengundang marah ibu bapa sama ertinya mengundang kemarahan dan kemurkaan Allah Taala.


"Sesiapa yang memancing kemarahan ibu bapanya bererti dia memancing kemurkaan Allah dan sesiapa yang menyukakan hati ibu bapanya
bererti dia membuat Allah redha kepadanya." (Riwayat Baihaqi)


Kesimpulan, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan Ibubapa. Pernah dengaq orang totua cakap, nak buat apa pun kena dapat keredhaan mak bapak baru berkat. Pernah? Tak pernah? Baca ni kuat-kuat. Dan yeay anda dah pernah dengaq. So jangan lah berhenti berusaha kerana satu kegagalan SAHAJA. Biar beribu kegagalan, jangan berhenti berusaha. Berusaha dalam segala hal. Okay guys? Zaman lani macam-macam ada, kemudahan hujung jari. Banyak tempat boleh sambung study jangan risau. Bila dah gagal jangan lupa Allah, bila senang jangan lupa Allah. Bila gagal, sabar, redha, berusaha lagi, berdoa kemudian bertawakal lah andaaaa. Ustazah ada ajaq dolu. Amalkan okay adik adik.

Tiada manusia sempurna kecuali Rasulullah SAW. Manusia takkan lari daripada kesilapan. Jangan gunakan kesilapan sebagai satu alasan dan kelemahan. Gunakannya untuk perbaiki diri supaya lebih baik dari sekarang. Ini hanyalah ingatan kecil dari manusia yang tidak punyai ilmu yang banyak, tidak berniat riak atau segalanya, hanya niat berkongsi supaya pengalaman atau cerita sekecil kuman ni ada impak pengajaran walaupun sekecil debu. Maafkan saya jikalau terkasar bahasa terrrrr apa apa yang sakitkan hati or so whatever. Ikhlas ni. Mohon maaf. Me is me. Me is not like you. You like it or not, I'm still alive. Kill me if you can. If not, just shut your stinky mouth off! I really meant it. Wkaka. No lah, just kidding. Assalam *kenyit mataaaa*